.
RSS

Saturday, June 24, 2006

version 2.1

[[keluarga si arnab belah mak]]

sebelum berkahwin dengan tam[siKetam], mama arnab telah mendirikan sebuah rumah bertangga yang cukup bahagia dengan papa arnab, boiprennya sejak dari bangku sekolah lagi. pasangan yang cukup berbahagia ini telah dikurniakan sepasang kembar, nab siti dan nab sita.

siti adalah seorang arnab yang sungguh rupawan. kejelitaannya tersohor sehinggalah ke kampung sebelah. malangnya, si siti ini suaranya sungguh tidak molek. suaranya itu kadang-kadang boleh menggerunkan orang yang mendengarnya. yang si sita pula, sangat terbalik dengan kakaknya. dia mempunyai suara yang sungguh lunak merdu seperti buluh perindu. tapi malangnya, rupa si sita ni pula yang selalu menggerunkan orang. walau pun asal usul kejadiannya adalah seekor arnab, namun rupa si sita ni adalah seperti anak tekak campur ikan masin sahaja lagaknya. kendati pun begitu, tetap, suara sita, seperti rupa kakaknya jugalah, jauh tersohor hingga ke kampung sebelah.

oleh kerana mereka berdua ini sangat terkenal dengan kerupaan dan kesuaraan masing-masing, maka ramailah yang memperkatakan tentang mereka. antara yang banyak-banyak diperkatakan itu adalah bahawa si sita itu adalah sebenarnya segumpal darah yang merupakan anak tekak atau peti suara kepada siti sewaktu di dalam perut ibu mereka. tetapi entah bagaimana, gumpalan darah itu membesar dan membentuk arnab lain. benar atau tidak cerita itu, entahlah. telah cuba-cuba juga orang kampung bertanya pada pakar sakit puan yang meng-scan perut mama arnab sewaktu mengandung. tapi doktor itu kata, ‘biarlah rahsia’.

yang pasti, nab siti dan nab sita sangat baik bersama. tidak mungkin, tidak akan dan tidak boleh dipisahkan. biar apa pun perbezaan mereka.

No comments:

Post a Comment