.
RSS

Saturday, July 01, 2006

version 3.0

[[kroni sang arnab]]
  1. tam[bi] -> abang tiri (ketam)
  2. nab siti -> kakak tiri (arnab)
  3. nab sita -> kakak tiri (arnab)
  4. kak[teh] -> kawan baik (kucing hutan warna putih)
  5. piE -> kawan baik (tupai)
  6. LatT -> kawan (platypus)
  7. abg[ber] -> kawan (beruang)
  8. koDa -> kawan (serigala)
  9. tipaH -> kenalan (merpati)
  10. dolL -> kenalan (dolphin)
  11. butTercuP -> kenalan (rama-rama)
  12. muTe -> budak bisu (katak)
  13. gem[bo] -> penjual aiskrim (itik)
  14. mi[Ki] -> posmen (tikus)


[[rival sang arnab]]
  1. tam[man] -> kakak tiri (tapak seleman)
  2. tim[tam] -> kakak tiri (rakun)
  3. was[was] -> pengikut tam[man] (mawas)
  4. ma[wi] -> pengikut tam[man] (mawas)
  5. dak[i] -> pengikut tim[tam] (landak)
  6. lan[takLah] -> pengikut tim[tam] (landak)
  7. kum[banG] -> budak nakal (harimau kumbang)
  8. jangGut -> budak nakal (musang)
  9. da[Rat] -> budak nakal (buaya)
  10. jaws -> budak nakal (jerung)
  11. L’arc’en’ciel -> gangster (ular)
  12. miYamoTo -> yakuza (kura-kura)
  13. jakuZi -> yakuza (labi-labi)
  14. so[oT] -> mafia (sotong)

Thursday, June 29, 2006

intermission version 2

sekarang sudah pula bercerita tentang keluarga si arnab di version 2.
mari pula kaji tentang
kawan baik,
kawan jahat,
teman-teman
dan kenalan-kenalan arnab[perisaKetam] dalam version 3.

Tuesday, June 27, 2006

version 2.2.0

[[keluarga si arnab belah ayah]]

err… yang belah ayah ni complicated sikit. panjang ceritanya. biasalah, most eligible bachelor ni kasanova sikit (kasanova banyak sebenarnya). maka semuanya menjadi belit kerana tam[siKetam] ini sungguh banyak hubungannya. di sini hanya akan diceritakan beberapa sahaja.

hubungan pertama tam adalah lama sebelum dia dinobatkan the most eligible bachelor. pada waktu muda-muda zaman teenagernya. tam ini adalah ketam yang paling ensem dalam clan ketamnya. dia telah diundi sebagai seorang ketam yang berhak untuk bercouple dengan puteri ketam. maka di bawah pengawasan kerabat diraja ketam, mereka pun menjalinkan hubungan dan dikurniakan seratus orang anak. setelah sekian lama, tam masih tidak serasi dengan kehidupan seorang bangsawan. dia pun meminta undur diri dari hubungan tersebut untuk naik ke darat demi mengejar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi. walaupun mereka saling menyintai, puteri ketam yang sekarang ini telah dimartabatkan sebagai permaisuri ketam terpaksa merelakan pemergian tam kerana kedegilan beliau sendiri. tam pun meninggalkan puterinya di laut bersama dengan sembilan puluh sembilan anaknya yang lain. dia hanya membawa anak sulungnya, tam[bi].

version 2.2.1

dalam perjalanan ke darat, tam terserempak dengan si janda dugong. dia meminta pertolongan janda dugong untuk menunjukkan jalan ke darat. janda dugong bersetuju saja kerana beliau pun sedang mencari tiga orang anaknya yang telah hilang. di tengah-tengah perjalanan inilah hubungan romantik mereka terjadi. hubungan romantik tersebut mengurniakan mereka seorang anak, si tanggang. tetapi si tanggang ini sangatlah degilnya, tuhan saja yang tahu. dari saat keluar dari perut ibunya sehinggalah mereka semua hanya berjarak tiga ratus ela dari tanah darat, tak sudah-sudah degilnya. ibunya yang fed up itu pun menyumpah beliau menjadi batu jarak batu terkukur. tetapi oleh kerana si janda dugong ini langsung tidak power dalam hal menyumpah-nyumpah ni, maka anak yang satu itu tidak menjadi batu malahan dia telah pun bertukar menjadi sebuah ferrari merah. alangkah happynya tam akan perkara tersebut. malangnya, mereka masih tidak sampai ke darat. maka habislah enjin tanggang the ferrari tu dimasuki air dan tenggelamlah ia ke dasar laut. setelah buih ketenggalaman terakhir hilang, janda dugong yang asalnya sedang sibok dengan kes sumpah-menyumpah ni tiba-tiba menjerit. dia ternampak ketiga-tiga anaknya yang hilang;- tanggung, tunggang dan tonggeng, bergelimpangan di pantai. oleh kerana kepatahan hati yang teramat sangat, si janda dugong lari semula ke tengah laut tanpa menoleh sekali pun. tidak diketahui pula oleh beliau bahawa anak-anaknya hanyalah sedang tidur dan berehat-rehat. maka lintang-pukanglah tanggung, tunggang dan tonggeng mengejar ibu mereka sebelum beliau berbuat sesuatu yang bodoh.

version 2.2.2

tam[siKetam] yang tinggal terkontang-kanting itu duduk di pantai bersama tam[bi], anaknya itu sambil menyaksikan matahari terbenam berdua orang diri. dalam samar-samar senja itu, dia ternampak sesuatu yang sangat cantik. sangkanya bintang jatuh dari langit, rupanya hanyalah seorang tapak seleman. tam pun menghampiri tapak seleman tersebut untuk berkenalan dan bermulalah hubungannya yang ketiga. tetapi hubungan bersama miss seleman itu tidak bertahan lama kerana tam mahu bergerak ke tanah besar untuk meneruskan impiannya menjadi penyanyi. miss seleman pula berdegil mahu tinggal di pantai. hubungan mereka yang hanya seminggu itu berhasil juga melahirkan seorang tapak seleman[ketam] yang diberi nama tam[man].

version 2.2.3

selepas itu tam[siKetam] pun merantau ke seluruh pelusuk benua, mencuba-cuba nasibnya sebagai seorang penyanyi. tam[bi] pula ditugaskan untuk menjadi p.a (penolong am) si tam. perhubungannya selama perantauan itu sungguhlah banyak, tak habis diceritakan. yang pastinya, sebaik sahaja tam sampai di kampung dusun ini, matanya tertancap pada mama arnab. tapi pada waktu itu mama arnab masih lagi bersuami. maka si tam mendiamkan saja mahunya dan berkawan pula dengan seorang yang dipanggil cik sloth. dua tiga bulan selepas berkawan baik dengan cik sloth, mereka berdua pun mengikat tali perkahwinan. tapi malangnya tam[siKetam] dan cik sloth ini, setelah berkali-kali mencuba bersungguh-sungguh dan mencuba lagi, mereka masih tidak mempunyai waris. walau hakikatnya mereka memang telah mencuba berkali-kali tapi tidak berjaya, tam sendiri sebenarnya dirasuk kebimbangan akan perihal untuk memperoleh anak bersama cik sloth. cik sloth ini adalah sangat sangat malas dan tam takut dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. namun, itu tidak menghalang tam dan cik sloth untuk mengambil seorang anak angkat. anak angkat mereka adalah seorang rakun yang diberi nama tim[tam].

tidak lama kemudian, tam[siKetam] mendengar berita tentang kematian papa arnab dan beria-ialah dia memahukan mama arnab. parah juga hati cik sloth dibuatnya. tapi sekarang semuanya sudah tenang.

Saturday, June 24, 2006

version 2.1

[[keluarga si arnab belah mak]]

sebelum berkahwin dengan tam[siKetam], mama arnab telah mendirikan sebuah rumah bertangga yang cukup bahagia dengan papa arnab, boiprennya sejak dari bangku sekolah lagi. pasangan yang cukup berbahagia ini telah dikurniakan sepasang kembar, nab siti dan nab sita.

siti adalah seorang arnab yang sungguh rupawan. kejelitaannya tersohor sehinggalah ke kampung sebelah. malangnya, si siti ini suaranya sungguh tidak molek. suaranya itu kadang-kadang boleh menggerunkan orang yang mendengarnya. yang si sita pula, sangat terbalik dengan kakaknya. dia mempunyai suara yang sungguh lunak merdu seperti buluh perindu. tapi malangnya, rupa si sita ni pula yang selalu menggerunkan orang. walau pun asal usul kejadiannya adalah seekor arnab, namun rupa si sita ni adalah seperti anak tekak campur ikan masin sahaja lagaknya. kendati pun begitu, tetap, suara sita, seperti rupa kakaknya jugalah, jauh tersohor hingga ke kampung sebelah.

oleh kerana mereka berdua ini sangat terkenal dengan kerupaan dan kesuaraan masing-masing, maka ramailah yang memperkatakan tentang mereka. antara yang banyak-banyak diperkatakan itu adalah bahawa si sita itu adalah sebenarnya segumpal darah yang merupakan anak tekak atau peti suara kepada siti sewaktu di dalam perut ibu mereka. tetapi entah bagaimana, gumpalan darah itu membesar dan membentuk arnab lain. benar atau tidak cerita itu, entahlah. telah cuba-cuba juga orang kampung bertanya pada pakar sakit puan yang meng-scan perut mama arnab sewaktu mengandung. tapi doktor itu kata, ‘biarlah rahsia’.

yang pasti, nab siti dan nab sita sangat baik bersama. tidak mungkin, tidak akan dan tidak boleh dipisahkan. biar apa pun perbezaan mereka.

Friday, June 23, 2006

version 2.0

[[keluarga si arnab]]

mama arnab kahwin dengan tam[siKetam]
dapat
arnab[perisaKetam]


mama arnab kahwin dengan papa arnab
dapat
nab siti
dan nab sita


tam[siKetam] kahwin dengan permaisuri Ketam
dapat
tam[bi]
dan 99 adiknya yang lain


tam[siKetam] kahwin dengan miss Seleman
dapat
tam[man]


tam[siKetam] kahwin dengan cik Sloth
dapat
tiada waris
(oleh kerana tiada waris, diorang amik anak angkat,
tim[tam]
,
seekor rakun)


tam[siKetam] kahwin dengan janda Dugong
dapat
tanggung
dan tunggang dan tanggang dan tonggeng

Wednesday, June 21, 2006

intermission version 1

sudah siap berbicara tentang diri arnab dalam version 1.
sekarang ingin berbicara tentang keluarga arnab pula dalam version 2.

Monday, June 19, 2006

version 1.4

arnab telah senaraikan perkara-perkara yang arnab mahu dalam hidup. lihat.

  1. mahu jadi penulis lirik lagu
  2. mahu jadi penulis dan terbitkan buku
  3. mahu gubah lagu
  4. mahu jadi pengarah filem animasi
  5. mahu jumpa cinta sejati
  6. mahu kahwin dengan anak raja
  7. mahu binatang peliharaan (i.e:- arnab, kucing, ular, anak rimau)
  8. mahu sebuah perpustakaan sendiri
  9. mahu ikut bicara hati tapi tak mahu tersilap langkah
  10. mahu tidur atas taburan bunga jasmine

banyak lagi yang dimahu. tapi makin minta jadi makin jauh.

Sunday, June 18, 2006

version 1.3

arnab tidak suka makan :
  1. tauge *yuck*
  2. peria
  3. ikan darat

arnab tidak suka minum :
  1. air gamat *blueck*
  2. air barli
  3. air cincau
  4. no-coffee-mania please... nescafe is acceptable (only if darurat)

arnab tidak suka dengar :

untuk mengkategorikan sesuatu genre adalah tindakan yang sangat berani, maka hanya akan menyenaraikan artis-artis yang telah cuba disukai tetapi tidak berjaya...
  1. mawi
  2. coldplay
  3. norah jones
  4. jamiroquai
dan semua lagu-lagu arab except amr diab dan shakira


arnab tidak suka tengok :
  1. bilik bersepah
  2. baju bergantung-gantung di birai-birai tingkap bangunan tinggi seperti rumah pangsa atau bangunan-bangunan hostel
  3. jam loceng berdering lama-lama tapi tuan punyanya tak sedar-sedar
  4. arnab yang tak reti jaga hygiene diri sendiri
  5. arnab yang makan lobak tapi tak reti nak habiskan, tinggal suku je, buang

version 1.2

arnab suka makan :
  1. lobak *wink*
  2. coklat
  3. aiskrim
  4. sushi (arnab omnivor)

arnab suka minum :
  1. carrot susu
  2. jus epal
  3. ice blended chocolate

arnab suka dengar :
  1. evanescence
  2. within temptation
  3. trans-siberian orchestra
  4. pussycat dolls
  5. jason lo
  6. linkin' park

arnab suka tengok :

[tivi]
  1. the l word
  2. supernatural
  3. reunion
  4. csi
  5. 4400
[wayang gambar]
  1. a series of unfortunate events
  2. turn left turn right
  3. thelord of the rings trilogy
  4. pirates of the caribbean
  5. underworld
  6. needing you
  7. sepet
  8. gubra
arnab suka baca :

[komik]
  1. naruto
  2. bleach
  3. deathnote
  4. penyiasat remaja
[buku]
  • [[classics]]:
  1. wuthering heights
  2. woman in white
  3. rebecca
  4. roald dahl's short story collection
  • [[series]]:
  1. harry potter
  2. darren shan
  3. garth nix
  4. the blair witch files

  1. can you keep a secret? (sophie kinstella)
  2. the da vinci code (dan brown)

Thursday, April 13, 2006

version 1.1

nama penuh : arnab[perisaKetam] binti tam[siKetam]

panggilan manja : bunny, wabbit

umur : empat tahun satu bulan setengah

tarikh lahir : hari ke-sepuluh bulan ke-lima tahun arnab

tempat lahir : katil arwah nenek arnab

alamat : rumah mama dan papa nya

nombor telepon : rahsia

zodiak : arnab tujuh kaki pakai topi

jenis darah : darah warna putih

allergi pada : pompuan getik, hipokrit, tukang tipu

Wednesday, April 12, 2006

version 1.0 [[the seQueL]]

[ini adalah rujukan bagi version 1.0]

  1. arnab 'bunting' lebih kurang 1 bulan
  2. ketam 'bunting' lebih kurang 6 bulan
  3. diorang ini hybrid, maka tempoh pembuntingan bagi arnab[perisaKetam] adalah lebih kurang 3 bulan

nota : perkahwinan mama arnab dan tam[siKetam] telah menjangkau tahun kedelima

version 1.0

Keajaiban yang menjadi persoalan pada hari ini adalah tentang 'arnab[perisaKetam]'. arnab[perisaKetam] adalah satu keajaiban alam di mana mama arnab yang telah lama menjanda telah dimadukan oleh tam[siKetam], the most elgible bachelor of kampung dusun. (jangan tanya kenapa ada ketam di tengah kampung) sebab ehem...

Yang sebenarnya, tam[siKetam] telah lama syok pada mama arnab. oleh itu, sebaik sahaja papa arnab meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri ala-ala final destination gitu, si tam ini teruslah masuk line. direjectnya juga si tam ini beberapa kali oleh mama arnab, tetapi akhirnya diaccept jua (itu pun selepas tam mendapat award most eligible bachelor... kalo tak, haram!). setelah setahun berkongsi kasih, bantal dan air liur... maka lahirlah sang 'arnab[perisaKetam]'.